Firman Allah yang bermaksud;
153. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 153).
Sabar...merupakan perkara yang amat dituntut dalam Islam apabila mencari keredhaan dan keberkatan Illahi.. Saat diri ini dilanda musibah,pelbagai perkara bermain dikotak fikiran...syaitan mula mencari peluang untuk menyesatkan hamba Allah ini tetapi diri ini dengan tahap keyakinan yang tinggi terhadap yang maha Esa,berusaha bangun menyembah Allah S.W.T. untuk meminta kekuatan agar diri ini sentiasa berada dilandasan yang diredhaiMu..Ku mengerti bahawa,Allah akan menguji setiap hamba yang disayangiNya...ku bersyukur bahawa ku merupakan salah satu hamba yang diujiNya..
Segala yang tersirat,ada hikmahnya..Insya Allah selagi nyawa dikandung badan,selagi itu lah Allah S.W.T didalam hatiku...