Ikhlas...
Sgt subjektif bukan?
Apa itu ikhlas?
Ikhlas adalah sikap kita yang berlapang dada daripada mengharapkan sesuatu sebagai pulangan.. dan mempercayai bahawa Allah S.W.T akan mengganti sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikorbankan...
Ikhlas juga berpandukan dari niat yang terlintas dalam hati kita..
Niat adalah salah satu bentuk keinginan yang datang dari hati dan hal ini dipengaruhi oleh fikiran seseorang selain ilmu yang dimiliki..
Berdasarkan Al-Quran,keikhlasan bererti memenuhi perintah Allah tanpa mempertimbangkan keuntungan peribadi atau balasan.Seseorang yang ikhlas akan berpaling kepada Allah dengan hatinya dan hanya ingin mendapatkan keredhaan dari yang Maha Esa diatas setiap perbuatan,langkah, kata-kata dan doanya.Jadi,ia benar-benar yakin kepada Allah dan mencari kebajikan semata-mata.
Menurut Al-Quran;
"...sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu.Sesungguhnya,Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.."
(Al-Hujurat [49]:13)
Ramai orang apabila melakukan sesuatu pekerjaan,memberi nasihat mahupun menolong orang menganggap bahawa perbuatan mereka sudah mencukupi dan berfikiran bahawa mereka telah menunaikan tugas agama..tetapi mereka tidak mementingkan keikhlasan hati semata-mata mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T..
Tanpa keihklasan hati,sesuatu ibadah yang kita lakukan tidak bermakna..Kita tidak mahu menjadi manusia yang melakukan segala fikiran,perkataan atau perbuatan yang akhirnya merupakan perkara yang sia-sia disisi Allah...Oleh itu,kita perlu muhasabah diri kita sendiri dan berdoa agar setiap ibadah yang kita lakukan diterima Allah...