Sukar untuk memulakan bicara hati tatkala
hati sedang dipaut oleh kesedihan menanggung rindu..
Rindu yang amat berat untuk dipikul,
dan amat berat untuk difahami..
Hati tertanya-tanya gerangan siapakah
yang menyebabkan kerinduan
bersarang disanubari...
Akhirnya....
Ku sedar bahawa ku merindui Tuhan yang Esa...
Rindu untuk menemui-Mu...
Rindu untuk mencari-Mu...
Rindu untuk bertahmid untuk-Mu...
Rindu untuk mencari kasih sayang-Mu..
Rindu untuk beribadah kepada-Mu...
dan Rindu untuk sentiasa mengingati-Mu disetiap
hembusan nafasku...
Tanpa sedar segala perbuatan yang sentiasa dilakukan
membuahkan rindu yang amat sangat...
sentiasa menunggu waktu untuk bersendirian bersama-Mu..
Mencari waktu yang indah saat bersama...
dan tatkala tiba saat itu,hati tersenyum gembira...
Pabila habis waktu itu,hati sedih memikirkan bila saat kita bersama kembali...
dan rindu segara berpaut dihati...
Tetapi aku menyedari bahawa Engkau sentiasa berada disisiku...
Tidak pernah meninggalkanku walaupun sesaat...
Lantas aku malu tatkala diri ini melakukan kekhilafan..
Jauh sekali berani untuk menentang-Mu..
Ini kerana diri ini masih lagi kerdil dan hina
dan hatiku bergetar tatkala melaungkan nama-Mu
kerana cintanya aku terhadap-Mu...
Ya Allah Ya Tuhanku..
Sekiranya Engkau menjatuhkan hukumanMu
terhadap dosa-dosaku,
maka aku mohon Engkau menolongku dan tunjukkanlah aku
jalan keluar yang benar...
Wahai Zat yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang,
kasihanilah seorang hamba yang tak punya apa-apa
didunia mahupun diakhirat...
*p/s : sangat rindu kat ibu,ayah,along,abang,uda dan my little sis, nani...
(semoga Allah sentiasa melindungi mereka)