(sumber : bloggers)






"Sesungguhnya...
Aku tidak pernah memilikimu..."

Seringkali hati menangis saat hati
terluka apabila cinta yang diimpikan,
tidak berjaya dimiliki...
berulang kali hati berusaha memujuk hati dan
mengubati hati yang lara...

Ianya menyakitkan ketika kamu harus berusaha untuk
melupakan seseorang yang bahkan
takkan menjadi milik kamu..
Kadangkala,meskipun kamu tahu bahawa kamu boleh
hidup tanpa dia yang kamu cinta,kamu terus
menyakinkan diri kamu,bahawa
kamu tidak menginginkan perihal tersebut...

Tetapi...
Perpisahan untuk kebahagiaan...
dan kepedihan perlu dilalui sebelum
mencapai kebahagiaan...
Tersenyumlah ketika bersedih kerana
akan ada kebahagiaan yang menyusul...
Itu janjiku..untuk sentiasa tersenyum..

Aku turut menyedari bahawa ketika sesuatu yang
kita sayang pergi atau tidak menjadi milik kita,
ketahuilah bahawa Allah telah menjanjikan
sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Iaitu sahabat...


Jika sekarang aku mengatakan,
" sahabatku,aku menyintaimu kerana Allah.."

Ini kerana...
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu..
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu..
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu..
Ketika aku tersenyum melihat kebahagiaanmu..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu..
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu..
Ketika aku membuka pintu-pintu kemaafan bagimu..
dan ketika aku melepaskanmu dengan penuh keikhlasan..

Jika Allah memintaku mencintaimu sebagai sahabat,
dan aku melakukannya dengan izin Allah,
dan semoga hanya kerana Allah...

Sahabatku,apa kau juga 'mencintaiku kerana Allah?'
Maka aku akan selalu berharap..dan semoga
hanya kerana Allah..

Nabi S.A.W. bersabda :

"Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang
tidak bersamanya pasti dikabulkan.Didekat kepalanya
ada malaikat yang menjaganya.Setiap kali ia berdoa untuk
kebaikan saudaranya,malaikat itu berkata 'Amin' dan
engkau akan mendapatkan yang serupa.."
(Muslim : 48-Kitab adz-Dzikr wad Du'aa',hlm 88)

Ku tak menangisi kehilangan cintamu tetapi
aku bergembira kerana aku berjaya memiliki
cinta sahabat darimu... =)