Life gives us brief moments
with another...
but sometimes in those
brief moment
we get memories that last
a last time...


STAND STILL.....


Mencintai tidak bererti memiliki....
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia...
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia
menerima, memberi mahupun menolak
segala kesudahan rasa...

Mencintailah kerana-Nya dan kamu
akan merasa nikmatnya cinta...
Tiada jiwa terluka,tiada hati terseksa...
Kerana insan percaya,takdirNya terindah
dari segala peristiwa...
Kerana kita percaya,Dia menentukan segalanya...
Jodoh manusia ada ditanganNya...

Cinta sesungguhnya apabila kamu
mencinta keranaNya..
Redha dengan takdirNya...
Menerima suratan dengan siapa yang dipertemukan...
Mensyukuri pertemuan jodohmu
walau dengan bukan insan idaman..
Asalkan dia mencintai Tuhan,
kita kan terus mencintainya tanpa alasan...

(sumber : bloggers)



Mengapa dicari secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman.Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha.Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar.Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri.Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan itu dirinya.Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu..


"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu...Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu,hilanglah CINTAku padamu.." (Imam Nawawi)


Kesabaran dan keikhlasan juga
akan selalu membahagiakan...
Maka bersabarlah ketika menghadapi ujian
cinta dari Allah...
Semakin besar cinta,
semakin beratlah ujian cinta itu...
Dan setelah ujian itu berakhir, maka akan
terbukti sejauh mana teguhnya iman dan cinta kita..



"Aku takjub dengan perihal orang yang beriman..
Semuanya ada kebaikan.
Tidak ada suatu kebaikan pun
kecuali ianya untuk orang yang beriman...
Apabila diberi satu nikmat,dia akan bersyukur..
Maka itu baik baginya..
Apabila diuji dengan ujian,
dia akan bersabar..
Maka itu juga baik baginya.."
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim)


Ku tahu suatu hati nanti kau datang menemui aku...
Memanggilku untuk bersama-sama mencari kebahagiaan yang
hakiki...iaitu mencari cinta Allah yang satu..Insya Allah...

Akan ku tunggu...








Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

"Setiap jiwa pasti akan merasakan mati…"

dan...

Syaddad bin Aus RA berkata, 'Rasulullah SAW bersabda:

اَلكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نْفْسهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ

"Orang yang cerdas adalah yang menghitung dirinya dan beramal untuk masa setelah mati, dan orang yang lemah adalah yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT."



Yakinlah bahawa akan datangnya hari kematian kita..disaat itu tiada siapa yang mampu membantu atau menemani kita kecuali amal ibadat,sedekah dan juga doa anak yang soleh...

Azam tahun baru saya...

Ingin memperbanyakkan amalan untuk menghadapi dunia akhirat...


* Doakan saya ye...insya Allah istiqamah dalam melakukan apa jua perkara...


"Mohon ampun salah dan silap diatas keterlanjuran kata-kata atau perbuatan yang menyakitkan hati anda.."



kata sahabat ;-

" Memujuk hati sendiri itu lebih sukar
daripada memujuk hati orang lain..
Oleh itu,ia memerlukan kekuatan hati dan
kecekalan diri yang amat tinggi..
Yakin akan kelebihan diri sendiri,
insya Allah everything will be alright.."

Benar kata-kata tersebut...
untuk memujuk hati sendiri amat sukar
tatkala ujian datang menerpa...

Hati yang gembira boleh
diwajahkan dengan wajah yang gembira...
tetapi wajah yang gembira tidak semestinya
mempunyai hati yang gembira...

Mungkin Allah nak melihat betapa kita
meredhai dan ikhlas dalam
menghadapi ujian-Nya..
dan mungkin juga sebagai balasan
akan kekhilafan diri...
dan mungkin juga untuk
membersihkan hati yang kotor...

Oleh itu,ku amat bersyukur kerana
aku terpilih dalam menerima dugaan-Nya..
ini tanda Allah menguji hamba
yang disayangi-Nya..

Sofia...Kuatkan hati mu..yakinlah
bahawa setiap dugaan yang menerpa merupakan
proses dalam mencari jalan yang lurus..
iaitu jalan yang menuju Allah yang Satu...
redha dan ikhlaskan hati...
insya Allah,it will be alright..=)

"kadang-kadang dalam perjalanan merentasi
menujunya yang Satu,pelbagai dugaan
yang menimpa..meratah keimanan
kita satu persatu...
kadang-kadang terasa diri tidak mampu
untuk menghadapinya..
tetapi ku tahu bahawa disana terselitnya
kebahagiaan yang hakiki yang menanti..."

Ya Allah..aku sangat merindui-Mu...


Sukar untuk memulakan bicara hati tatkala
hati sedang dipaut oleh kesedihan menanggung rindu..

Rindu yang amat berat untuk dipikul,
dan amat berat untuk difahami..

Hati tertanya-tanya gerangan siapakah
yang menyebabkan kerinduan
bersarang disanubari...

Akhirnya....

Ku sedar bahawa ku merindui Tuhan yang Esa...
Rindu untuk menemui-Mu...
Rindu untuk mencari-Mu...
Rindu untuk bertahmid untuk-Mu...
Rindu untuk mencari kasih sayang-Mu..
Rindu untuk beribadah kepada-Mu...
dan Rindu untuk sentiasa mengingati-Mu disetiap
hembusan nafasku...

Tanpa sedar segala perbuatan yang sentiasa dilakukan
membuahkan rindu yang amat sangat...
sentiasa menunggu waktu untuk bersendirian bersama-Mu..
Mencari waktu yang indah saat bersama...
dan tatkala tiba saat itu,hati tersenyum gembira...
Pabila habis waktu itu,hati sedih memikirkan bila saat kita bersama kembali...
dan rindu segara berpaut dihati...


Tetapi aku menyedari bahawa Engkau sentiasa berada disisiku...
Tidak pernah meninggalkanku walaupun sesaat...
Lantas aku malu tatkala diri ini melakukan kekhilafan..
Jauh sekali berani untuk menentang-Mu..
Ini kerana diri ini masih lagi kerdil dan hina
dan hatiku bergetar tatkala melaungkan nama-Mu
kerana cintanya aku terhadap-Mu...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sekiranya Engkau menjatuhkan hukumanMu
terhadap dosa-dosaku,
maka aku mohon Engkau menolongku dan tunjukkanlah aku
jalan keluar yang benar...
Wahai Zat yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang,
kasihanilah seorang hamba yang tak punya apa-apa
didunia mahupun diakhirat...

*p/s : sangat rindu kat ibu,ayah,along,abang,uda dan my little sis, nani...
(semoga Allah sentiasa melindungi mereka)




Membasuh kesalahan silam amat penting diberi perhatian,
Jika dengan Tuhan,usah bertangguh bertaubat;
Jika dengan manusia carilah orang berkenaan dan selesaikanlah..

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang tidak berbuat salah,
bersih daripada sebarang dosa..
Pada usia yang meningkat, ketenangan adalah
pertaruhan yang mesti diambil..

Tanpa ketenangan,adalah gambaran kesusahan pada
alam seterusnya..
Alam itu penuh misteri yang mana situasinya banyak
bergantung pada bagaimana usaha disini,di alam nyata ini..

Tanggungjawab setiap insani
lalu perjalanannya tidak terhitung,
Moga Allah memberkati setiap langkahmu..



Ikhlas...


Sgt subjektif bukan?


Apa itu ikhlas?

Ikhlas adalah sikap kita yang berlapang dada daripada mengharapkan sesuatu sebagai pulangan.. dan mempercayai bahawa Allah S.W.T akan mengganti sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikorbankan...


Ikhlas juga berpandukan dari niat yang terlintas dalam hati kita..

Niat adalah salah satu bentuk keinginan yang datang dari hati dan hal ini dipengaruhi oleh fikiran seseorang selain ilmu yang dimiliki..


Berdasarkan Al-Quran,keikhlasan bererti memenuhi perintah Allah tanpa mempertimbangkan keuntungan peribadi atau balasan.Seseorang yang ikhlas akan berpaling kepada Allah dengan hatinya dan hanya ingin mendapatkan keredhaan dari yang Maha Esa diatas setiap perbuatan,langkah, kata-kata dan doanya.Jadi,ia benar-benar yakin kepada Allah dan mencari kebajikan semata-mata.

Menurut Al-Quran;

"...sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu.Sesungguhnya,Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.."

(Al-Hujurat [49]:13)


Ramai orang apabila melakukan sesuatu pekerjaan,memberi nasihat mahupun menolong orang menganggap bahawa perbuatan mereka sudah mencukupi dan berfikiran bahawa mereka telah menunaikan tugas agama..tetapi mereka tidak mementingkan keikhlasan hati semata-mata mengharapkan keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T..


Tanpa keihklasan hati,sesuatu ibadah yang kita lakukan tidak bermakna..Kita tidak mahu menjadi manusia yang melakukan segala fikiran,perkataan atau perbuatan yang akhirnya merupakan perkara yang sia-sia disisi Allah...Oleh itu,kita perlu muhasabah diri kita sendiri dan berdoa agar setiap ibadah yang kita lakukan diterima Allah...


Lailatul Qadar adalah merupakan satu hadiah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Lailatul Qadar adalah makhluk Allah. Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam, diikuti oleh malam Nisfu Syaaban. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun...Subhanallah...

Malam Lailatul Qadar sunat dicari,kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.Malam Lailatul Qadar adalah sebaik-baik malam termasuk malam Jumaat.Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Qadr 97,ayat 3 : maksudnya-" malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu malam"


Lailatul Qadar adalah satu suasana, iaitu suasana yang sepi. Walaupun ada ulama berpendapat ia bermula selepas waktu Maghrib, namun ada yang berpendapat ia adalah sepertiga akhir malam, kerana selepas waktu inilah suasana sepi malam mula terasa, misalnya sekitar jam 3.30 pagi. Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Apa-apa pun marilah kita sama-sama menjejak malam al-Qadar untuk mendapat keberkatan dari yang Maha Esa....Selamat Beramal...: :)


Cinta....
Macam-macam jenis cinta ada...
Cinta terhadap alam sekitar...
Cinta terhadap binatang...
Cinta terhadap kawan...
Cinta terhadap kekasih...
Cinta terhadap keluarga...
Dan semestinya Cinta terhadap yang Esa...



Tetapi dalam mencari cinta yang hakiki,kita perlu menempuhi pelbagai onak duri untuk memastikan bahawa kita benar-benar layak untuk menerima cinta hakiki tersebut...
Dalam tempoh tersebut,kita tidak akan sedar bahawa kita mampu menyakiti hati insan yang kita sayangi...dan itu merupakan perkara yang tidak ingin dilakukan dalam hidupku...
Manusia...tidak sunyi daripada melakukan kesilapan..sering kali jiwa tersasar apabila kelekaan bersarang dalam hati...tetapi alhamdulillah,jiwa kecil ini masih lagi diberi taufik dah hidayah agar tidak lagi tersasar jauh...
Syukur diatas nikmat yang diberikan oleh-Mu,ya Allah..

Dalam hidup kita,Allah S.W.T akan bagi sekali sahaja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita..sekiranya kita leka,kita akan kehilangannya buat selamanya.. tetapi kita tidak pernah tahu siapa gerangannya..jika kita sendiri tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya,mungkin disitulah semuanya berlalu dan kita telah kehilangannya..dan masa itulah kita sedar bahawa kehadirannya cukup bermakna tapi untuk memilikinya disaat itu, kita telah kehilangan peluang tersebut...

I don't wanna be that...
Don't want...
But it doesn't mean that i have the rights to hurt the people that i love...
I'll spill out my words but without i realize it,that's make our relationship more far away and there is a space between us...
I'm bad gurl...
I hurt you by doing that...
I'm selfish...

Awak kata...

"ketika aku minta pada-Nya setangkai bunga segar,Dia memberikanku kaktus berduri..aku pun minta pada-Nya sejenis haiwan yang cantik,Dia memberiku seekor ulat bulu..betapa sedih dan kecewanya aku..betapa tidak adilnya semua ini..namun kemudian kaktus itu ku lihat mula berbunga,sangat indah...ulat itu pula mula berubah menjadi rama-rama yang amat yang cantik.. itu lah iradat dan ketentuan Allah..indah damai pada waktunya..Dia tidak memberi apa yang hambanya perlukan tetapi Dia memberikan apa yang terbaik buat hambanya..."

I get it..He doesn't give you as my lover to have your love but He give you as my SAHABAT to make me always feel the love of you..

Awak kata gak...

"bahagia bukan pada harta,bukan pada status,bukan pada rupa dan bukan juga pada segala yang bersifat duniawi..tetapi bahagia itu letaknya pada hati yang tenang,hati yang diredhai,hati yang mensyukuri, hati yang memaafkan dan juga hati yang tunduk pada Ilahi..itulah bahagia yang sebenarnaya,kekal abadi selamanya..."

Forgive me...



assalammualaikum..

Firman Allah yang bermaksud;

153. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 153).

Sabar...merupakan perkara yang amat dituntut dalam Islam apabila mencari keredhaan dan keberkatan Illahi.. Saat diri ini dilanda musibah,pelbagai perkara bermain dikotak fikiran...syaitan mula mencari peluang untuk menyesatkan hamba Allah ini tetapi diri ini dengan tahap keyakinan yang tinggi terhadap yang maha Esa,berusaha bangun menyembah Allah S.W.T. untuk meminta kekuatan agar diri ini sentiasa berada dilandasan yang diredhaiMu..Ku mengerti bahawa,Allah akan menguji setiap hamba yang disayangiNya...ku bersyukur bahawa ku merupakan salah satu hamba yang diujiNya..

Segala yang tersirat,ada hikmahnya..Insya Allah selagi nyawa dikandung badan,selagi itu lah Allah S.W.T didalam hatiku...

What have I done?
I wish I could run,
away from this ship going under
just trying to help out everyone else
now I feel the weight of the world is on my shoulders

what can you do when your good isn’t good enough
and all that you touch tumbles down?
cause my best intentions
keep making a mess of things,
I just wanna fix it somehow
but how many times will it take?
oh, how many times will it take for me to get it right, to get it right?

can I start again, with my fate again?
cause I can’t go back and endure this
I just have to stay and face mistakes,
but if I get stronger and wiser, I’ll get through this

what can you do when you’re good isn’t good enough?
and all that you touch tumbles down?
cause my best intentions keep making a mess of things,
I just wanna fix it somehow
but how many times will it take?
oh, how many times will it take for me to get it right?

so I throw up my fists, throw a punch in the air,
and accept the truth that sometimes life isn’t fair!
yeah, I’ll send down a wish and I’ll send up a prayer
and finally someone will see how much I care

what can you do when you’re good isn’t good enough?
and all that you touch tumbles down?
cause my best intentions keep making a mess of things,
I just wanna fix it somehow
but how many times will it take?
oh, how many times will it take for me to get it right?



Kepada sahabatku Muhammad Asraf Shazriq..selamat berjuang dalam menghadapi peperiksaan.. saya tahu awak mampu buat yang terbaik dan selagi nafas masih belum terputus,harapan untuk dapat yang terbaik, sentiasa ada...wish you all the best k! kepada sahabatku Fatin Khairani yang comel belaka pula,pia tahu anie mampu mengharungi dugaan yang datang dalam hidup anie skrg ni dengan tahap kesabaran yang tinggi..ketahuilah bahawa anda dipilih oleh yang Esa untuk menguji tahap keimanan anda and you did it..i'm proud of you my dear.. To all my friends,dengan sepenuh keikhlasan dari saya,saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu semua untuk dunia dan akhirat...insya Allah...sayang korang semua!
itu dia.....adoi....pressure semakin membuak-buak...tapi kan....saya rasakan saya semakin excited nak exam larh! haha...xtau npe..gile kn...myb sebab sy rasekan semangat untuk mendapat result yang terbaik saya semakin hari semakin menjadi-jadi larh! haha.. alhamdulillah la...tp tnsion,tnsion gak...tp utk mereleasekan tnsion sy,sy tgok Family Outing la! best sgt...boleh gelak2 smpai x ingt dunia tau...sengal kn..huhu...time tue je jd sengal..hari-hari biasa cool je... k la...bye2...



Sweet love, sweet love
Trapped in your love
I've opened up, unsure I can trust
My heart and I were buried in dust
Free me, free us

You're all I need when I'm holding you tight
If you walk away I will suffer tonight

I found a man I can trust
And boy, I believe in us
I am terrified to love for the first time
Can you see that I'm bound in chains
I finally found my way
I am bound to you
I am bound to you

So much, so young
I've faced on my own
Walls I built up became my home
I'm strong and I'm sure there's a fire in us
Sweet love, so pure

I catch my breath with just one beating heart
And I brace myself, please don't tear this apart

I found a man I can trust
And boy, I believe in us
I am terrified to love for the first time
Can't you see that I'm bound in chains
lyricsalls.blogspot.com
I finally found my way
I am bound to you
I am bound to

Suddenly the moment's here
I embrace my fears
All that I have been carrying all these years
Do I risk it all
Come this far just to fall, fall

Oh, I can trust
And boy, I believe in us
I am terrified to love for the first time
Can you see that I'm bound in chains
And finally found my way
I am bound to you
I am,
Ooh, I am
I'm bound to you

alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup dibumi Allah ini untuk ke21 kali tahunnya..setiap hamba-Nya tidak tahu samada kita masih lagi bernafas untuk keesokkan harinya atau tidak..tetapi itu tidak bermakna kita boleh terus terleka menikmati keindahan duniawi ini..kerana setiap hamba-Nya diharuskan untuk berubah kearah yang lebih baik pada masa hadapan..semoga kita akan terus diberi taufiq dan hidayah agar kita terus hidup dilandasan yang betul..betul kata orang..pengalaman mematangkan hidup kita..samada kita mempelajari sesuatu dari pengalaman itu atau tidak,bergantung kepada diri masing-masing..tetapi kita perlu meminta tahap kesabaran dan keteguhan iman yang sangat tinggi dari yang Maha Esa kerana kita tidak tahu dugaan yang ditakdirkan untuk kita itu mampu diharungi oleh kita atau tidak...semoga tahun baru ini,kita sentiasa hidup dalam kerehdhaan dan keberkatan dari Ilahi..Amin..