kata sahabat ;-

" Memujuk hati sendiri itu lebih sukar
daripada memujuk hati orang lain..
Oleh itu,ia memerlukan kekuatan hati dan
kecekalan diri yang amat tinggi..
Yakin akan kelebihan diri sendiri,
insya Allah everything will be alright.."

Benar kata-kata tersebut...
untuk memujuk hati sendiri amat sukar
tatkala ujian datang menerpa...

Hati yang gembira boleh
diwajahkan dengan wajah yang gembira...
tetapi wajah yang gembira tidak semestinya
mempunyai hati yang gembira...

Mungkin Allah nak melihat betapa kita
meredhai dan ikhlas dalam
menghadapi ujian-Nya..
dan mungkin juga sebagai balasan
akan kekhilafan diri...
dan mungkin juga untuk
membersihkan hati yang kotor...

Oleh itu,ku amat bersyukur kerana
aku terpilih dalam menerima dugaan-Nya..
ini tanda Allah menguji hamba
yang disayangi-Nya..

Sofia...Kuatkan hati mu..yakinlah
bahawa setiap dugaan yang menerpa merupakan
proses dalam mencari jalan yang lurus..
iaitu jalan yang menuju Allah yang Satu...
redha dan ikhlaskan hati...
insya Allah,it will be alright..=)

"kadang-kadang dalam perjalanan merentasi
menujunya yang Satu,pelbagai dugaan
yang menimpa..meratah keimanan
kita satu persatu...
kadang-kadang terasa diri tidak mampu
untuk menghadapinya..
tetapi ku tahu bahawa disana terselitnya
kebahagiaan yang hakiki yang menanti..."

Ya Allah..aku sangat merindui-Mu...

0 comments: